from KUCHING to GEORGETOWN



achievements

twenty-12

7Safar1433


2012 
alhamdulillah. dah sampai jugak tahun baru. 
semua pun dok seronok celebrate, bom-bang bom-bang satu dunia.

outing

6Saffar1433

semalam seharian keluar lepas solat jumaat. aku keluar dengan sisi aku, Jaguar. mula2 journey kiteorang berjalan very smooth dengan dimulakan dengan bismillah, ke JARAK untuk drive-thru. lepas tengok tiket movie, kiteorang pegi sopping baju kat tempat2 yang terpilih. bila dah cukup masa, kiteorang naik tengok movie.

aku enjoy tengok movie tu tapi aku cukup bengang dengan mamat2 yang duduk sebelah aku. memanglah dorang pun bayar duit nak masuk tu. eh hello! aku pun bayar jugak. dahtu, same2 lah jaga ketenteraman orang. aku macam nak fire je, tapi boleh control lagi sebab kang aku pulak kena fire dengan jaguar sebelah aku tu.

terlalu bosan tunggu transport, kiteorang pegi sopping makanan pulak. yeah! the best! aku borong sakan. nasib ade diskaun. huhuh! lagi siok! tapi makan semua setengah2 je lah. -_-

dinner kat tempat paling famous. jumpa pun orang2 yang dah familiar. yeah! jiran aku yang kaya. order laksa dan ayaq nyioq. ayaq kompem lah habih. yang laksa tu, oppsss. serahkan kepada jaguar. sebab? perut sakit gila2 munya. ouh man!

singgah ambik bola bowling pada pukul 12.30am. main bowling dengan skirt labuh sambil digelakkan oleh mereka yang terror main bowling. 'eh dude, wa pun BOLEH main bowling, cuma dekat perlis je lah. kat sini, kekok sikit' rase macam nak cakap macam tu je kat dorang. tapi lupakan lah.

semalam sampai hari ni, keadaan perut yang sakit takpulih2. risau mak. nak pegi klinik, jalan jam. uugh! terpaksa tunda. sedih. tsskkk.


- mudah2an hari esok lebih baik dari hari ini

memory land

5Safar1433


seronoklah tengok semua orang ade kawan. aku pun ade kawan. tapi kawan aku... hmm. sedih sungguh rase di  hati. dulu kiteorang penah gaduh banyak-banyaaak kali tapi takteruk macam yang lastest punya. aku sakit hati gila dengan dia. aku takboleh terima ape yang dia buat dekat aku. tapi aku maafkan dia walaupun aku takungkapkan benda tu. aku takdendam. aku takterfikir nak balas balik. sebab dia kawan aku. aku mintak maaf balik dekat dia sebab aku terikut dengan ego aku masa tu tambah2 emosi masa tu takstabil macam orang mati laki. asyik nak menangis je. at least aku sedar dengan ape yang aku buat. tambah2 lagi bila dai ade sebut 'kita dah kawan dekat 12 tahun, takkan nak putus kawan sebab benda ni'. masa tu aku mula teringat saat2 mana aku dengan dia slalu makan ice-cream malaysia, main sepak2, tumbuk2, kacau orang, kira kereta time tunggu mama aku ambik, tidur sebantal, kongsi problem, balik kampung aku sama2. almost 12tahun dah kiteorang kawan. lama kan? dan dalam tempoh masa tu kiteorang takpernah jauh dari satu sama lain. kelas sentiasa sama cuma beza masa darjah 4-6 n tingkatan 5. duduk sebelah2 gitu. tapi benda tu semua masa lampau. sekarang takada dah.

dia pun dah ade keje sekarang. tinggal aku je yang tengah membelek2 masa depan yang taktau macam mana rupanya. aku tau dia sibuk keje. aku pulak goyang kaki kat rumah sambil melahap macam binatang buas takingat dunia. aku teringin nak keluar, hang out dengan dia. bukan aku takpenah ajak. aku siap dah ade plan sebelum spm yang lepas spm nanti kiteorang nak stay kat rumah dia dan rumah aku kat kedah tu. takpun, boleh keluar bila dia cuti. tapi aku ni angan2 tinggi melambung. aku je yang syok sendiri. aku selalu harap dia nak keluar dengan aku bila dia ade masa. kalau takboleh hang out, text ke call pun jadi lah. tapi aku silap, masa dia bukan untuk aku.

aku selalu tengok perkembangan dia. aku nak tau dia macam mana, buat ape, sihat ke tidak, happy ke tidak. penah terdetik kat hati aku supaya dia update status dia yang dia rindukan aku. tapi ape yang aku tengok dia sangat happy sebab keluar dengan kawan2 dia. hah. thats great. yes! memang aku takada akuan FB, tapi takbermakna aku taktau semua tu. tapi satu yang dia kena tau, aku takmintak pun dia balas semua tu. aku cuma nak kiteorang kawan macam dulu.

kawan2 aku hilang macam tu je dalam sekelip mata. sama macam Muaih, kawan cuma dekat sekolah. bila aku cite kat family aku yang aku risau pasal kawan2 aku, family aku selalu cakap, 'takpe, family kau masih ade'. memang betul. dan tiba2 time tu aku rase macam menyesal gila sebab kenal dengan semua orang. tapi aku silap. benda ni semua dah ketentuan. Allah dah tentukan semuanya. mungkin Allah nak bagi balasan dekat dosa2 yang penah aku buat. atau mungkin Dia dah sediakan sesuatu yang lebih baik daripada semua ni.

tapi,
wey, sejujurnya, kte rindu kau gila2. mungkin kau takrase semua tu sebab kau ade ramai kawan. semoga kau bahagia dengan hidup kau. amin.

p/s; post ni bukan untuk menagih simpati sape2 walaupun dah banyak tisu yang basah depan laptop ni. T_T


- Ya Allah, kau kuatkanlah aku

renungan #4

4Safar1433

jom bace kejap post ni. benda ni untuk kebaikan semua. insyaAllah. 

rushing

3Safar1433

alhamdulillah. masih hidup jugak aku sampai sekarang. dan kerana itu juga aku semakin sibuk mengejar hal duniawi. tapi aku taklupa pada Dia. alhamdulillah.

sekarang dok busy nak buat macam2. by this week jugaklah semua benda nak kena bagi settle. hopefully korang dapat tengok hasil titik peluh aku dan sisi aku.

okay. sampai ketemu ya!


-berpada2 mengejar duniawi 

birthday

2Safar1433

dear cousin, 
happy 18th birthday
NOR SYAZWANA NORDIN


wishing you all the best

^_^


birthday girl is on the left, wearing purple tudung.


- panjangkanlah umur hamba2Mu, Ya Allah

family day 2011

1Safar1433

28Muharram-1Safar 1433H
(24-26Disember2011)

alhamdulillah family day tahun ni berjalan dengan lancar 
walaupun family orang2 takseramai dulu tapi banyak sungguh muka2 baru.

tahun ni,team kiteorang takmenang besar macam tahun lepas atas sebab2 yang tertentu.
btw, its awesome!

the best is kayak!

will be missing the little Ane (Amir)





















  


 




- mudah2an Dia memanjangkan umur semua untuk kali yang ke-6










ole-ole

26Muharram1433

beberapa hari lepas abang aku ada pegi kay-el. ulala. aku takikut pun sebab dia takpenah ajak. huh! btw, semua siok nak pegi kay-el. ape yang best pun aku taktau. kalau nak kata besar, tengok dalam map malaysia, takadelah besar mana, sarawak lagi besar. banyak mall, penang pun ade. honestly lah, bagi aku, eh hello! kay-el tu macam negeri lain jugak lah. ade kereta, ade orang, ade masjid, ade disco, ade bangunan tingi2, ade flyover banyak2. jadi, ape sebab orang nak pegi sane pun aku taktau. sape2 boleh tolong jelaskan tak?

okay. hari tu abang aku pegi sana bawak balik doughnut sebagai ole-ole yang sangat mudah untuk kiteorang dapatkan di penang. tengok! lagi satu persamaan kl dan negeri2 lain. hari ni dia balik, dia bawak macarons dan burger McD. okay yang tu pun bakal mudah kiteorang dapatkan di gurney dan dimana2 saja McD. hmm. btw, thanks abang!




excited je aku bukak paket macarons tu, bila aku pelawa sisi aku, dia suruh aku simpan makan pagi nanti. ouh! sobsob. T_T sebab nak makan dengan my mom sekali. okay. ^_^


- syurga di bawak telapak kaki ibu

nak kawan boleh?

24Muharram1433

dapat invitation daripada kawan aku sorang tu (ada hati anggap orang kawan padahal orang tu tak pun), buat aku jadi taktentu hala. asik dok pikiaq pasai tu ja. aku rase bosan pun ada. tapi makin lama makin dekat pulak tarikh. aku terus memikirkannya. bila aku memberitahu sanak saudara, ibu bapa, sahabat handai yang hanya 2 orang yang sanggup dengarkan aku, semua takada respon positif malah ada jugak yang takbagi respon. huah?!

tiba2, aku terfikir, hmmm...
semua orang ada hak untuk ada kawan, boleh lepak, sembang, kongsi cite n masalah, plan masa depan yang sangat fairytale. tapi bagi setengah orang benda ni macam tengah angan2 je sebab hidup dorang macam dekat satu tempat yang dekat situ cuma ada dia and family dia je.  takada sape heran sebab taknampak kewujudannya. so, dorang pun abaikan dia. ouh sedihnye. sobsob. dah macam invisible-man yang penah tayang kat astro ceria dulu lah pulak.

aku terfikir lagi,
apesal bila orang tu nak kawan, orang lain takut. bila dia takut nak kawan, dorang semua lagi takut. hah! ou ya, maybe dia ada buat salah, takpun orang tu buat salah. tapi fikirlah yang setiap apa yang jadi tu ada hikmahnya. so, selalulah tanam pokok dalam diri kita supaya kita boleh terima orang walaupun dia taksealim, taksecantik, taksetampan, taksehebat, takseterror, taksegah, taksekaya, dan takse-se lagi lah macam artis2 yang syok hidup dengan duniawi je zaman ni. sebab semua ni unfair! houh! tapi kita kena belajar untuk terima yang ini lah hidup. reda dan pasrah itu perlu ada. (tiba2 rasa nak nyanyi lagu erra tajuk pasrah tu.)

janganlah terima semua benda walaupun takada purpose macam uncle ni

aku hope sangat Allah boleh kuatkan kita semua untuk teruskan hidup yang banyak dugaan ni. amin


- redalah  dengan ketentuanNya

cuti-cuti #2

23Muharram1433

alhamdulillah. yeah! great! baru balik dari perlis dan padang besar. seronok sebab pegi sana dengan cousin. macam2 kiteorang buat. pegi jalan2, sopping, pekena 2pupu. kahkahkah! padan muka (okay,what goes around comes around). so, kat bawah ni ade beberapa gambaq yang bukan aku snap sepenuhnya semasa disana. dan ada jugak beberapa gambaq yang 'bergegaq' akibat terlalu nervous masa pegang camera. so, cek it out!


dalam perjalanan ke perlis. 
yang atas tu, time driver ngantok. 
dan yang bawah tu, driver terkejut.

 sampai di pintu gerbang perlis!

 masa kat padang besar, spek itu hanya dicuba dalam masa yang lama tapi takdibeli.
kesian akak yang jual tu promote lebih2.


 ciptaan Yang Maha Esa

 sangat teruja bila tengok nama homestay ni.
dan ada lagi homestay yang namanya 'tokmek'. 
so, datang perlis bolehlah singgah kat sana. ;)

 itu, rukun negara. 

 kat kuala perlis.
makan kerang, sotong goreng, abc dan laici kang SAJA 

 radio antik. masih berfungsi walaupun dah lebih dari 10 tahun

 makan2 pelam sambil imbau kenangan lama dengan tengok gambaq2 masa kecik. 
ouh! so cute je semua. >_<

bowling time! 
gambaq tengah main takdak sebab lupa nak bluetooth. 

 lagi di kuala perlis

 abaikan muka tu. 
proud to be MALAYSIAN! go MALAYSIA!


 lagi ciptaan Yang Maha Esa

bubye perlis! jumpa lagi.

sejujurnya, aku gembira bila ada dekat sana sebab walaupun jauh sikit daripada family tapi aku rase tenang sebab dapat tengok betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Esa. sangat indah pemandangan disana terutama padi2 yang mengunin, langit yang cerah, cuaca yang sejuk, keadaan yang aman, banyak pokok, kawasan yang takbanyak pencakar langit. pokoknya jauh perjalanan, luas pemandangan.


- bersyukurlah dengan setiap apa yang telah dikurniakan oleh-Nya.

J's family

22Muharram1433

kucing keluarga aku yang namanya semua start dengan huruf 'J'
-taksemua yang ada sebab yang lain tengah tido n busy dengan keje dorang-









- sayangilah setiap makhluk di muka bumi ini