Kal-Khinzir (Bagaikan babi)
Dalam ayat 160 surah al-Maidah menyebut
perumpamaan seperti babi terhadap orang2 fasik. Babi merupakan makhluk yang diharamkan oleh Allah untuk memakannya sebagai ujian kepada manusia, dan memiliki banyak karakter yang takbaik. Manusia bagaikan babi merupakan manusia yang memiliki pelbagai karakter yang tak baik.
(al-Maidah, 5: 60 ) ; “Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut.” Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.”
Maksud hadith; Dari ibnu mas’ud RA beliau berkata, “RasulAllah SAW ditanyai mengenai kera dan babi, apakah ia merupakan binatang yang dialihrupakan oleh Allah?” beliau menjawab, “Allah tidak membinasakan suatu kaum”, atau beliau mengatakan, “Allah tidak mengalihrupakan suatu kaum lalu menjadikan mereka berketurunan dan beranak cucu dan bahawasanya kera dan babi ada sebelum itu” (HR Ats-Tsauri)
-sentiasalah muhasabah diri
No comments:
Post a Comment