from KUCHING to GEORGETOWN



achievements

la tahzan

28Rabiulakhir1433

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ 

21March2012. hari yang menyebabkan jantung budak2 usia 18tahun kat malaysia ni degup dengan begitu pantas. dan di saat yang lain sedang tersenyum gembira,
ada kesedihan yang terpancar dalam diri sahabat aku. so, aku karangkan benda alah ni untuk kau ya ukhti, ASHIKIN.
honestly, aku tau kau pandai. cuma ni mungkin ujian untuk jadikan kau perlu lebih berusaha dengan kuat. aku nampak kekecewaan dalam senyuman abah n mama kau. tapi percayalah bahawa ni ujian di dunia. ujian ilmu yang dikatakan payah namun jangan lupa ujian iman yang lagi payah. malah ketahuilah yang sengaja Dia turunkan ujian macam ni untuk jadikan hamba dia lebih tabah dan berazam untuk bangkit dengan lebih gagah. ingat eh, ade hikmah di sebalik semua ni. kau kuat cuma kau cepat rebah. tapi ingat satu je, bila kau sentiasa dengan Dia, insyaAllah, semua akan ok. tapi jangan pulak kau lupakan Dia bila kau dah berjaya sebab tu semua berkat kurniaan-Nya. dan sesungguhnya perjalanan kau belum berakhir lagi. bangkit dah teruskan usaha. 
bila kau bersedih, ingatlah ade lagi yang lebih sedih.
bila kau bahagia, ingatlah yang ade yang tengah bersedih.
bila kau lemah, ingatlah Penciptamu.
bila kau kuat, janganlah kau tinggalkan Penciptamu.
akhirulkalam, la tahzan ya ukhti.

No comments:

Post a Comment