from KUCHING to GEORGETOWN



achievements

pemergiannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم



cuma 2hari je. 20Jamadilakhir1433H. tarikh dimana tokwan ku yang comel dipanggil oleh Allah. benda jadi terlalu cepat. yaa, aku tau ini semua kerja Allah. aku reda. kiteorang reda. cuma dua hari. jumaat, 19Jamadilakhir1433H, awal pagi. tokwan dibawa ke hospital sebab keadaannya yang
takdapat dikenal pasti. bila sampai hospital, doktor kata kena strok. 9.30am, abah mintak pihak hospital bawak tokwan pegi hospital pantai. doktor takdapat nak buat apa2 sebab takmampu dan takdak doktor pakar. 12.30pm, tokwan dihantar ke hospital alor setar, sultanah bahiyah. 5jam dalam wad icu, tokwan masuk wad biasa. alhamdulillah. keadaan tokwan sedikit pulih daripada sebelum. kiteorang seronok sebab tokwan boleh tengok muka kiteorang, boleh senyum. 12am, semua dah mula gerak balik rumah. tinggal makndak n maklong. makndak kata lepas tokwan tido malam tu, tokwan sedar pagi dalam pukul 3am sebab nak buang air. tapi lepas subuh, tokwan dah taksedar langsung. alhamdulillah, tokwan pegi dengan aman. tokwan pegi dalam tidur. semua jadi dalam masa yang singkat bila aku n cousin, angah perasan yang skrin monitor tu ada bacaan heart rate n oxygen menurun mendadak. astaghafirullah. doktor takmampu nak buat ape2 sebab keadaan tokwan memang takdapat diselamatkan. Allah Maha Berkuasa.
kerja tokwan di dunia dah selesai. terima kasih tokwan sebab jadi tokwan yang baik dan sayangkan kiteorang. tokwan ku yang comel. semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan soleh. Ameen. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment