from KUCHING to GEORGETOWN



achievements

amalkan

keistimewaan membaca Ayat Kursi pada saat2 berikut:
1) keluar dari rumah - 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) masuk ke rumah - kemiskinan takakan masuk rumahmu
3) setelah berwudu' - derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) sebelum tidur - malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) setelah solat - maka jarak antara kamu & syurga hanyalah kematian

sampaikan kepada yang lain, maka ini adalah sedekah jariah.



p/s; dan setiap orang yang mengamalkannya, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari akhirat.

kecantikan & kegagahan

lelaki cantik, wanita pulak gagah. apa maksudnya ni? nak tau? baca sat.

kecantikan lelaki
bukan pada rupa fizikal mereka tetapi pada murni rohani. lelaki yang cantik adalah lelaki yang:
1) mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) siap menerima segala teguran
3) memberi madu setelah menerima racun
4) tenang & lapang dada
5) baik sangka
6) takpernah putus asa
kecantikan lelaki terletak di atas kemuliaan hatinya.
seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

kegagahan wanita
bukan pada pejal otot badannya tapi pada kekuatan perasaan. permpuan yang gagah adalah perempuan yang:
1) tahan menerima sebuah kehilangan
2) taktakut pada kemiskinan
3) tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) tidak meminta agar dipenuhi segala keinganan
kegagahan perempuan terletak di atas teguh imannya.
seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seseorang perempuan.



p/s; jadilah 'secantik' Nabi Muhammad SAW & 'segagah' Khadijah.

siapakah mereka?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia menyebut "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." dan sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.






p/s; sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.

gambar

aku nak share gambar tokwan dan tok aku lah. 
naaah. tengoklah walaupun taksuke sebab ni blog aku.

bukan nak gelakkan atau nak aibkan tapi cuba tengok pic ni. 
tokwan bersama bootnya dan moto besaq abah aku.

style lah tokwan!

tok aku. dia taksuke ambik gambar. katanya 'tok serabai'. 
tapi kiteorang takkesah. nak jugak ambik. hahah. 

tolong jangan tengok budak kecik tu. aku tau dia comel.



p/s; hargailah orang yang kita sayang selagi mereka masih ada.

renungan #2

daripada Ali bin Abi Talib R.A. Rasulullah S.A.W bersabda:
apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka:


1. apabila harta negara hanya beredar pada orang2 tertentu
2. apabila amanah dijadikan salah satu sumber keuntungan
3. zakat dijadikalan hutang
4. suami memperturutkan isteri
5. anak derhaka kepada ibunya
6. sedangkan dia berbaik dengan rakan2nya
7. suka menjauhkan diri daripada ayah
8. suara ditinggikan di dalam masjid
9. yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka
10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. arak diminum di merata tempat
12. sutera banyak dipakai oleh lelaki
13. para isteri disanjung2
14. muzik banyak dimainkan
15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)


maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau diubah menjadi makhluk lain.


(hadis riwayat tarmizi)




p/s; sebarkanlah ilmu yang kita tahu agar dapat memberi manfaat kepada diri kita dan yang lain.

with them








the time i've been given to spend with my sisters



p/s; appreciate your family. especially your parents but not just them.

perhimpunan

assalamualaikum. hoyeah. setelah sekian lama takupdate blog. ni cek nak habaq mai sikit,hari tu aku pegi first a dgn member sekelas n junior aku. saja nak jalan2. tetibalah pulak, mak member aku yang sorang ni call suruh belikan lauk untuk lunch. so, lepas berjalan2 tu kira time dah nak balik lah, kiteorang pun keluar lah dr first a tu untuk  beli lauk. nak dijadikan cerita dah lah lepas solat jumaat, punyalah ramai pakcik2 dan abang2 yang ada segelintir tu masih berbaju melayu sedang menjalankan perhimpunan. punyalah semangat dengan banner2 bagai. lepas tu dok guna hailer pulak bercakapnya. tengok kat banner tu ade pulak nama 'LGE' (korang fikirlah sendiri sape). agak takut kiteorang disitu. dengan polis punya ramai. membuka langkah seribu version pejalan kakilah kiteorang menuju ke kedai untuk beli lauk. dari kedai tu, aku tengoklah dorang tadi, wuahwuahwuah. sangatlah aku terperanjat rupa2nya ade jugak makcik2 yang join perhimpunan ni. amboooih. dalam pada dok tengok tu, tetiba pulak datang punyai ramai pemuda2 yang membawa banner berserta wisel yang membingitkan telinga. tu lagi menakutkan. tambah2 bila dorang dok laungkan nama LGE dan perkataan2 lain tambah pulak dengan reaksi dorang tu. ishishish. kiteorang nak lalu depan tu pun takut aebab ramai sangat manusia. tapi gagah jugak lalu. yang aku dan member2 terfikir, ape motif dorang buat perhimpunan tu? dahtu satu kaum je pulak yang ada kat situ. penuh pulak dengan camera2 media dan handphone2 orang awam. apesal, nak cari populariti ke? dan apesal lah benda macam ni boleh jadi kat negara kita? wajarkah? fikir2lah sendiri.



p/s; kalau rase2 ade yang takpuas hati tu, bawa2lah berbincang. janganlah buat something yang akan besarkan masalah.

dear friends

warning! entry ni bukan niat untuk berdrama

seriously aku sayang korang, wahai kawan2 aku. tapi aku takpernah bayang yang korang akan buat aku macam ni skali. betapa kecewanya aku terhadap korang. aku taknak describe diri korang sebab 'korang dah kata yang korang takbuat macam tu'. yes! korang sangat betul dan aku sangat salah. tapi korang lagi salah bila korang dah mula ketepikan aku bila aku masih bernyawa di bumi n dunia yang fana ni. huh! syahdunyeee. anyway, i just want to thank you guys for being apart of my life!



p/s; hargailah setiap hubungan yang terjalin walaupun hanya berjiran.

warded

alhamdulillah. syukur. lima hari empat malam aku terlantar kat hospital tanpa lawatan kawan2. aku bangga. sebab family aku masih ada dengan aku walaupun aku sakit. aku taktau nak jadi ape dengan tubuh aku ni. dahlah takbesar mana. sakiiit je memanjang. kalau sakit, takturun berat takpe. ni tak, setiap kali sakit, berat pun sakit sangat nak naik. ingatkan best masuk sepital. lepas dapat tau abang aku masuk ward deluxe. hahah. dan2 malam tu temperature mula mendaki gunung. bila esok tu, waaah. temperature dah berjaya sampai ke puncak dan aku pun berjaya masuk ke ward deluxe tu. hahah. ;) tapi aku takbuat ape2 pun untuk berada disana. kuihkuihkuih. ingat deluxe ni boleh baring selesa lagi dari baring kat rumah. rupa2nyaaa, baik aku tido kat rumah je. takpayah kena cucuk2 ni. berlubang  tangan. haihyoh! ape2 pun, terima kasihlah wahai jururawat2 yang telah banyak membantu aku. heee. n not to forget, dr aku, dr francis.

walaupun aku dah selamat keluar daripada sepital tu, tapi adik aku telah selamat menggantikan tempat aku. hahah!

semoga cepat sembuh kepada abang dan adik. amin.



p/s; jangan pernah lupakan Dia walaupun kita senang apatah lagi susah.

petua kuatkan ingatan

assalamualaikum! hey semuanya. ada benda sikit nak share dengan korang. apakah itu? yeah! itu adalah cara2 untuk menguatkan ingatan kita. jom usha sat.
cara2nya:
- makan kismis dalam 12 biji sehari
- makan buah badam
- makan daging kambing
- halwa halia
- kemiyan putih (mustaki)/ kemiyan serani
- makan buah limau

eh eh! kejap kejap! ada lagi ni. biasanya kalau ada cara untuk kuatkan, ada jugak cara nak lemahkan. so, ini dipanggil pantang larang. jom tengok.
pantang larang:
- elak minum air/minuman yang ada semut
- kurangkan makan makanan yang masam
- elak makan bahagian kepala ikan
- elak tidur lepas subuh, asar & maghrib
- jaga kebersihan takkira aspek terutama gigi (bersiwak setiap kali waktu solat)


ini adalah menurut ahli2 perubatan Islam & ilmuan Islam  



p/s; waaah. beringat2lah kita lepas ni. insyaAllah. so, semoga berjaya mengamalkannya. senang je. ganbatte!

renungan

jom tengok kejap ape yang aku nak share dengan saudara sesama Islam ku yang sedang membaca ni. rasenya korang tau ape yang aku cuba nak share ni. tapi aku perlukan kejaaap je wey masa korang. then, korang nak buat ape, lantak koranglah.

PERINGATAN !!!
- kemunculan Imam Mahdi
- kemunculan Dajjal
- keturunan Hazrat Isa (AS)
- kemunculan Yajooj & Majooj
- terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'at al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- kabut selama 40hari akan mematikan semua orang beriman yang sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat
- sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- pemusnahan Kabah
- tulisan dalam Al-Quran akan lengkap
- sangkakala akan ditiup buat pertama kalinya, binatang2 & orang2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- tiupan sangkakala kali keduanya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka & matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Allah S.W.T berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"



p/s; takada rintangankan nak luahkan isi hati korang? haaa, kalau macam tu, takada alasan jugaklah untuk korang sebarkan ape yang baik untuk kita dan yang lain.