from KUCHING to GEORGETOWN



achievements

amalkan

keistimewaan membaca Ayat Kursi pada saat2 berikut:
1) keluar dari rumah - 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) masuk ke rumah - kemiskinan takakan masuk rumahmu
3) setelah berwudu' - derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) sebelum tidur - malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) setelah solat - maka jarak antara kamu & syurga hanyalah kematian

sampaikan kepada yang lain, maka ini adalah sedekah jariah.



p/s; dan setiap orang yang mengamalkannya, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari akhirat.

kecantikan & kegagahan

lelaki cantik, wanita pulak gagah. apa maksudnya ni? nak tau? baca sat.

kecantikan lelaki
bukan pada rupa fizikal mereka tetapi pada murni rohani. lelaki yang cantik adalah lelaki yang:
1) mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) siap menerima segala teguran
3) memberi madu setelah menerima racun
4) tenang & lapang dada
5) baik sangka
6) takpernah putus asa
kecantikan lelaki terletak di atas kemuliaan hatinya.
seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

kegagahan wanita
bukan pada pejal otot badannya tapi pada kekuatan perasaan. permpuan yang gagah adalah perempuan yang:
1) tahan menerima sebuah kehilangan
2) taktakut pada kemiskinan
3) tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) tidak meminta agar dipenuhi segala keinganan
kegagahan perempuan terletak di atas teguh imannya.
seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seseorang perempuan.



p/s; jadilah 'secantik' Nabi Muhammad SAW & 'segagah' Khadijah.

siapakah mereka?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia menyebut "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." dan sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.






p/s; sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.

gambar

aku nak share gambar tokwan dan tok aku lah. 
naaah. tengoklah walaupun taksuke sebab ni blog aku.

bukan nak gelakkan atau nak aibkan tapi cuba tengok pic ni. 
tokwan bersama bootnya dan moto besaq abah aku.

style lah tokwan!

tok aku. dia taksuke ambik gambar. katanya 'tok serabai'. 
tapi kiteorang takkesah. nak jugak ambik. hahah. 

tolong jangan tengok budak kecik tu. aku tau dia comel.



p/s; hargailah orang yang kita sayang selagi mereka masih ada.

renungan #2

daripada Ali bin Abi Talib R.A. Rasulullah S.A.W bersabda:
apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka:


1. apabila harta negara hanya beredar pada orang2 tertentu
2. apabila amanah dijadikan salah satu sumber keuntungan
3. zakat dijadikalan hutang
4. suami memperturutkan isteri
5. anak derhaka kepada ibunya
6. sedangkan dia berbaik dengan rakan2nya
7. suka menjauhkan diri daripada ayah
8. suara ditinggikan di dalam masjid
9. yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina antara mereka
10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. arak diminum di merata tempat
12. sutera banyak dipakai oleh lelaki
13. para isteri disanjung2
14. muzik banyak dimainkan
15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)


maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau diubah menjadi makhluk lain.


(hadis riwayat tarmizi)




p/s; sebarkanlah ilmu yang kita tahu agar dapat memberi manfaat kepada diri kita dan yang lain.

with them








the time i've been given to spend with my sisters



p/s; appreciate your family. especially your parents but not just them.

perhimpunan

assalamualaikum. hoyeah. setelah sekian lama takupdate blog. ni cek nak habaq mai sikit,hari tu aku pegi first a dgn member sekelas n junior aku. saja nak jalan2. tetibalah pulak, mak member aku yang sorang ni call suruh belikan lauk untuk lunch. so, lepas berjalan2 tu kira time dah nak balik lah, kiteorang pun keluar lah dr first a tu untuk  beli lauk. nak dijadikan cerita dah lah lepas solat jumaat, punyalah ramai pakcik2 dan abang2 yang ada segelintir tu masih berbaju melayu sedang menjalankan perhimpunan. punyalah semangat dengan banner2 bagai. lepas tu dok guna hailer pulak bercakapnya. tengok kat banner tu ade pulak nama 'LGE' (korang fikirlah sendiri sape). agak takut kiteorang disitu. dengan polis punya ramai. membuka langkah seribu version pejalan kakilah kiteorang menuju ke kedai untuk beli lauk. dari kedai tu, aku tengoklah dorang tadi, wuahwuahwuah. sangatlah aku terperanjat rupa2nya ade jugak makcik2 yang join perhimpunan ni. amboooih. dalam pada dok tengok tu, tetiba pulak datang punyai ramai pemuda2 yang membawa banner berserta wisel yang membingitkan telinga. tu lagi menakutkan. tambah2 bila dorang dok laungkan nama LGE dan perkataan2 lain tambah pulak dengan reaksi dorang tu. ishishish. kiteorang nak lalu depan tu pun takut aebab ramai sangat manusia. tapi gagah jugak lalu. yang aku dan member2 terfikir, ape motif dorang buat perhimpunan tu? dahtu satu kaum je pulak yang ada kat situ. penuh pulak dengan camera2 media dan handphone2 orang awam. apesal, nak cari populariti ke? dan apesal lah benda macam ni boleh jadi kat negara kita? wajarkah? fikir2lah sendiri.



p/s; kalau rase2 ade yang takpuas hati tu, bawa2lah berbincang. janganlah buat something yang akan besarkan masalah.

dear friends

warning! entry ni bukan niat untuk berdrama

seriously aku sayang korang, wahai kawan2 aku. tapi aku takpernah bayang yang korang akan buat aku macam ni skali. betapa kecewanya aku terhadap korang. aku taknak describe diri korang sebab 'korang dah kata yang korang takbuat macam tu'. yes! korang sangat betul dan aku sangat salah. tapi korang lagi salah bila korang dah mula ketepikan aku bila aku masih bernyawa di bumi n dunia yang fana ni. huh! syahdunyeee. anyway, i just want to thank you guys for being apart of my life!



p/s; hargailah setiap hubungan yang terjalin walaupun hanya berjiran.

warded

alhamdulillah. syukur. lima hari empat malam aku terlantar kat hospital tanpa lawatan kawan2. aku bangga. sebab family aku masih ada dengan aku walaupun aku sakit. aku taktau nak jadi ape dengan tubuh aku ni. dahlah takbesar mana. sakiiit je memanjang. kalau sakit, takturun berat takpe. ni tak, setiap kali sakit, berat pun sakit sangat nak naik. ingatkan best masuk sepital. lepas dapat tau abang aku masuk ward deluxe. hahah. dan2 malam tu temperature mula mendaki gunung. bila esok tu, waaah. temperature dah berjaya sampai ke puncak dan aku pun berjaya masuk ke ward deluxe tu. hahah. ;) tapi aku takbuat ape2 pun untuk berada disana. kuihkuihkuih. ingat deluxe ni boleh baring selesa lagi dari baring kat rumah. rupa2nyaaa, baik aku tido kat rumah je. takpayah kena cucuk2 ni. berlubang  tangan. haihyoh! ape2 pun, terima kasihlah wahai jururawat2 yang telah banyak membantu aku. heee. n not to forget, dr aku, dr francis.

walaupun aku dah selamat keluar daripada sepital tu, tapi adik aku telah selamat menggantikan tempat aku. hahah!

semoga cepat sembuh kepada abang dan adik. amin.



p/s; jangan pernah lupakan Dia walaupun kita senang apatah lagi susah.

petua kuatkan ingatan

assalamualaikum! hey semuanya. ada benda sikit nak share dengan korang. apakah itu? yeah! itu adalah cara2 untuk menguatkan ingatan kita. jom usha sat.
cara2nya:
- makan kismis dalam 12 biji sehari
- makan buah badam
- makan daging kambing
- halwa halia
- kemiyan putih (mustaki)/ kemiyan serani
- makan buah limau

eh eh! kejap kejap! ada lagi ni. biasanya kalau ada cara untuk kuatkan, ada jugak cara nak lemahkan. so, ini dipanggil pantang larang. jom tengok.
pantang larang:
- elak minum air/minuman yang ada semut
- kurangkan makan makanan yang masam
- elak makan bahagian kepala ikan
- elak tidur lepas subuh, asar & maghrib
- jaga kebersihan takkira aspek terutama gigi (bersiwak setiap kali waktu solat)


ini adalah menurut ahli2 perubatan Islam & ilmuan Islam  



p/s; waaah. beringat2lah kita lepas ni. insyaAllah. so, semoga berjaya mengamalkannya. senang je. ganbatte!

renungan

jom tengok kejap ape yang aku nak share dengan saudara sesama Islam ku yang sedang membaca ni. rasenya korang tau ape yang aku cuba nak share ni. tapi aku perlukan kejaaap je wey masa korang. then, korang nak buat ape, lantak koranglah.

PERINGATAN !!!
- kemunculan Imam Mahdi
- kemunculan Dajjal
- keturunan Hazrat Isa (AS)
- kemunculan Yajooj & Majooj
- terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'at al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- kabut selama 40hari akan mematikan semua orang beriman yang sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat
- sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- pemusnahan Kabah
- tulisan dalam Al-Quran akan lengkap
- sangkakala akan ditiup buat pertama kalinya, binatang2 & orang2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- tiupan sangkakala kali keduanya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka & matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Allah S.W.T berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"



p/s; takada rintangankan nak luahkan isi hati korang? haaa, kalau macam tu, takada alasan jugaklah untuk korang sebarkan ape yang baik untuk kita dan yang lain. 

counting the days

something suprise gonna happen. (cehrh! ayat cam takboleh blah)

sixth senses

senses memang semua orang ada. tapi ape yang korang  akan rase bila korang dikurniakan sense yang orang lain takdapat? mungkin ada yang dapat cuma takbanyak. (aku takmaksudkan orang yang takdapat melihat, mendengar, bercakap, mahupun berjalan. sense yang cuba kau katakan ni macam super power laa. =,=) n masa ni lah korang akan digelar as 'the choosen one'. kadang2 seronok bila berangan2 nak dapat kelebihan yang sukar diperoleh. tapi bila dah dapat, hah hambek kau! nak control pun takboleh. kepada sesiapa yang ada sixth sense tu, tahniah aku ucapkan! woh-lah-weh!




p/s; bersyukurlah dengan ape yang dah dikurniakan-Nya kepada kita. dan percayalah hanya Dia lebih tau ape yang terbaik untuk kita. ^_^

1 MALAYSIA

macam dah terlambat je nak post benda ni. tapi takpe. macam hari raya, hari-hari hari raya what. so, aku nak share yang hari tu aku terjumpa ada macam satu benda ni ala2 kek tapi polystyrene (mungkin benda ni dah lama dorang letak dekat tempat tu. aku je yang terlambat nak jumpa). benda ni dikelilingi dengan bendera negeri2 di malaysia. bendera malaysia yang tecik2 pun ada. ada jugak bendara yang ada words ' iam proud to be malaysia'. yeah! i like it. ^_^ seronok. teruja aku bila tengok benda tu. oleh sebab itu, aku pun nak post benda ni.

 snap dari jauh je. malaih nak turun.

 omey o bendera tecik ni

aku sangat suke 2 bendera ni. 
Proud To Be A Sarawakian! yeah! 



p/s; jangan berlagak or terlalu bangga sangat dengan negara yang takpernah jadikan korang tu warganegara dorang. banggalah dengan tanah air korang sendiri. -PROUD TO BE MALAYSIAN!-

perangkap (rangkap)

actually ni ungkapan daripada mommy aku. puncanya, adik aku kata dia nak bagi pantun (budak2, biasalah). lepas2 dok pantun tu, mommy pun kata "ape ni pantun 3 perangkap je". adik aku punya lah gelak. takguna punya budak. mommy sebenarnya nak kata rangkap. tapi disebabkan faktor usia, mommy pun tersebut perangkap.

okay. ni pantun budak corntooth tu:
seberang sungai naik rakit,
perkara lama jangan diungkit.
(ada satu lg rangkap, tapi aku dah lupe)



p/s; bila seseorang tu buat salah, kita yang tahu pandai2lah tegur eh. jangan pulak biar atau malukan dia lagi. okayh?! -aman-

just because of cokodok / cekodok

mai cik mai cik maaai. okay. entry aku kali ni nak habaq mai sikit pasai masalah yang sangat nak takboleh masuk diakal. once upon a time, after finished our history paper (SPM candidate < trial>), as usual, memandangkan aku buat exam atas stage, member2 seperjuangan aku mai lah join berkaki2.  time tu, ktorg maknenek punya laaah lapaq, taktau nak habaq laaa (dengan nada mami penang). one of my friend, tiba2 mintak diri. ingat dia nak pegi mana. so, yang lain buat dunno. bila dia balik dgn cokodok, kiteorang pun makin terasa tempias laparnya. ape lagi, pakat dok huluq fulus lah dekat si gadis sorang ni, lepas dapat order daripada kiteorang, dengan selamba untanya, dia pun keluar dari dewan yang takberapa besar tu. time nak delivery cokodok kiteorang, tiba2 ada orang menyapanya. dengan sekelip mata, para guru yang berada di hadapan stage pun pandang dia dan berkata sesuatu. then, si gadis ni pun naik n letak cokodok di atas meja yang dikongsi bersama seramai 5 orang. baru ja nak suap cokodok suam tu dalam mulut cikgu tadi panggil si gadis ni. pakat takjadi makan pastu kelam kabut dok sorok cokodok. kiteorang semua agak risau dengan panggilan tadi. yelah agak lama dorang 'bersembang'. kiteorang yang ada dekat meja tadi semua pusing tengok dorang. bila si gadis ni pusing, dia buat muka. mai mai dkt kiteorang, jeng jeng jeng! cikgu tu suruh ambik borang disiplin. terbahak2 kiteorang gelak. ingat dia sorang je kena isi. rupanya lima2 yang kena. omgeee! what therrr??? takpelah. dah nasib. lagipun kenangan tu thok. jahat2 aku, takade pernah aku sampai kena isi borang disiplin apatah lagi jumpa kaunselor. duuuh. kiteorang pun isi borang tu dengan gembira plus bengang jugak laa.

nah. exclusive punyee bersama cokodok / cekodok
 (isi borang disiplin pelajar)







pendapat umum:
1) MarkMini : "kenapa beli makanan pun kena marah?' sambil ketawa
2) MummyZaza : ketawa bagai nak rak dan berkata "tu pun salah ke?"
3) AlanOmey : dengan nada tegas "tu masa rehat ke? bukan kan?" 

sepatah kata: sekalung takziah kepada ardani azman simon, ashikin jamal, ika farikah ainani yamin, azwani sulaiman & not to forget me :|



p/s; bila buat salah tu, biar kecik mahupun besar, pentingkanlah untuk meminta maaf. takut2 orang takmaafkan, susah hidup. yang pihak satu lagi tu, maafkanlah orang yang bersalah. sesungguhnya, memaafkan itu adalah baik.

nasi lemak 2.0

 
WOH-LAH-WEE! this stoly is not bad. cam taksangka je aku tengok cite ni. hahah! nak dijadikan cite, mula2 aku pegi study dengan kawan dekat McD. tiba2 je rase macam malas betul nak study. kiteorang pun kemas2 lah barang berharga yang ada n mula untuk pegi jalan2 ke mana2 je. bila dah sampai dekat sebuah mall ni, tiba2 je aku ajak kawan aku yang sorang ni pegi tengok movie. haaah. kiteorang pun naik lah. bila pegi tengok list movie untuk hari tu, aku macam nak tengok 'final destination 5' tapi aduuuh. takboleh sebab ada kekangan yang tidak dapat die lakkan. then, minah yang jual tiket tu pun suruhlah kiteorang pilih cite lain. cite semua macam taksyok je (bagi aku lah). last2, ni lah yang jadi pilihan. kawan aku kata cite 1Malaysia. aku okay je. bila masuk dalam, semua cina. choi! apa ni? aku dah mula pelik. dtg lah 1group of chinese duduk sebelah aku n aku tau dorang dok kata pasai kami dua. kurajaaaq. (walaupun pun aku takfaham ape dorang kata) aaah! lantaklah! dah duduk, dah bayar, dah masuk. enjoy the movie je lah. ape yang aku dok harap cite ni ade subtitle je. yang lain, aku takkesah. n harapan aku ditunaikan. mula2 tgk macam best je, bila nak habis pun, woh-lah-weee! memang best. 1 MALAYSIA lorh! eh eh. lupe pulak nak share, cite ni dia cite pasal kehidupan n perjalanan untuk mencari asal usul n ape rahsia yang ada pada nasi lemak lepas takberjaya dalam perniagaanya sebagi chef. so, be proud of our nasi lemak! orang asing mana terror buat nasi lemak macam orang malaysia.

-credit to namewee. this mobie is bely best.



p/s; united we stand as malaysian. yeah! so, share lah what we have with others. dont be so kedekut laah.

hari raya

pinky pink <= warna tema baju raya family kiteorang this year. at first, aku nyampah jugak lah sebab aku cukup geli geleman dgn kaler ni. tp bila tgk kain tu, cam okay je lah kan. yang bestnya, baju kaler pink, kain kaler hijau. ya aa awww. cute gituu. duh! ni semua keje abang n kakak aku. ape2 pun, taksuke tetap pakai. motif? sebab aku nampak tomey je time pagi raye tu. huhuh. nah. aku lampirkan pic2 raya kiteorang.  cam tomey jeee.

pinky pink n yellowish.
lokasi: rumah tokwan

time fresh2 lagi di pagi raya


beralih ke ruang yang lebih besar n selesa


cun jee


lokasi: rumah saudara mara & jiran tetangga

tengah tunggu tuan rumah hidang bihun sup

sengaja nak bergambar dgn JMR (shortform untuk nama siblings aku)

setelah penat mendaki bukit

lokasi: di jalanan (baru balik dari beraya)


tengah ready nak lompat. flying in the air...


bajet macam K-pop group laa

lokasi: rumah abahku (open house, raya ke-3)

 get ready makanan. semuanya masak sendiri. huhuh.

dapur macam tongkang pecah dikerjakan oleh semua kakitangan



p/s: raya raya jugak tp  jangan lupakan perkara yang wajib kita tunaikan. yeeezaaah.


dah nak raya laaa


bila nak raya lah semua org paling seronok. eh! haruslah! kali ni, aku raya dkt kpmg di kedah. cam best lah jgk sbb ade cousin2 yg cam best jgk. huhuh. sewonok gilew. beberapa hari sblm raya, ktorg dah berkumpul dkt kmpg. seronoknya sbb semua pun busykan diri sbb ade majlis berbuka puasa utk org2 yg mengaji dkt pondok Ar-Rahman (dkt kpmg aku). ape yg lagi seronok, ktorg lepas mkn je, humban pinggan n cawan dkt tmpt cuci. maknanya, ktorg takcuci n maknanya ktorg malas. :D lepas mkn, ingat nak pegi jalan dkt pekan, tersangkut pulak dkt ruang tamu sbb kena tlg dorg kemas2. okaylah, ktorg pun ringankan beban dorg. takhabis mengemas lagi, ktorg dah nmpk 'adik', dia anak buah aku. nama hijjaz. sumil gilew budak nie. so, hampir berjam2 ktorg melenyek adik sambil dipertikan abahnya yg pendiam n ibunya yg busy ke huu ke hilir.

-ni baru puasa, belum raya lagi.



p/s; selamat menyambut hari raye!!! main mercun ingat dunia, ingat polis. ;)

ramadan

org tua2 (lebih spesifik yg beriman) mereka sgt sukakan ramadan (tp bkn semua).  tp lain pulak citenya anak2 muda yg takingat dunia tu. mentang2 lah masih muda, ingat korg bnyk masa lg nak hidup? eh hello! kalau nak mati,mati jgk lah. bkn ape,puasa ni salah satu amalan yg akan jadi kt pny pembela di padang Mahsyar kelak. kalau taksempurna puasa kt, mcm mn puasa nak bela kt? bawah ni ade beberapa perkara yg sering dilakukan masa bulan ramadan.

- puasa dan solat wajib. kalau puasa penuh satu bulan, solat tak, baik takpayah puasa lah bhai. bkn nak judge sape2. aku takkate yg aku ni always betul. tp fikir logik lah. solat tu kan wajib plus tiang agama pulak tu, kalau setakat puasa yo yo o je nak full, tp berdiri atas tikar sejadah takpernah, aku taktau lah ape nak jadi.

-soal solat sunat terawih, mula2 je semangat nak pegi. saf dpn lah konon. munjuk pulak. tu pun seminggu ramadan je. lagi 3minggu? pegi mane? mmg lah terawih ni sunat, tp pahalanya besar bila kt dirikannya. 

- lailatul qadar. satu hal lg yg ada segelintir org takpeka. kt manusia. manusia takpenah lari drpd melakukan kesalahan takpyh kiralah kecik ke besar salah tu. tp takterfikir ke korg nak hapuskan kesalahan yg lebih dikenali sebagai dosa tu? berjaga,buat qiamulail pada 10mlm terakhir ramadan. mintak keampunan drpd Allah S.W.T.

cuba lah beringat2, kt ni dah di akhir zaman. bnyk sgt petanda. takkan taknak berubah kot.

insyaAllah, bila kt ikhlas demi Allah, mungakin  ada faedah yg kita  peroleh:

- basic pny takpayah cite lah. pandai2 lah fikir.
- ganjaran yg kt dpt utk setiap amalan sunat adalah bersamaan dgn amalan fardu yg kt buat masa bulan2 biasa.
- ganjaran utk amlaan fardu pulak adalah berlipat2kali ganda bnyk drpd ganjarannya masa bulan2 biasa
- puasa akan jd pembela kt di Padang Mahsyar kelak sekiranya puasa kt sempurna
- sekiranya kita dpt kejar lailatul qadar, insyaAllah. segala dosa2 kita akan diampunkan



p/s; mungkin ade ape2 yg tersalah ape yg aku cuba sampaikan. oleh itu, aku mintak maaf kalau2 ade kekeliruan yg berlaku.