from KUCHING to GEORGETOWN



achievements

imigransss

*entry ini bukan nak mengutuk atau ape2 


soalan yang takpernah masuk exam:
pilih dan kenal pasti golongan/orang paling famous dan makin bertambah bilangannya bila hari juga semakin bertambah (macam pelik bunyi tapi takpe sebab rase macam tengah buat ayat untuk hipotisis. waaah)
a. melayu 
b. cina 
c. india 
> tiga jawapan yang sangat2 common.
d. indonesia 
e. vietnam 
f. myanmar 
g. bangla 
> jawapan tambahan


tahu kenapa golongan2 yang berada daripada d. hingga g. tu wujud dalam antara jawaban yang boleh dipilih? sebabnya manusia sekarang cuma harapkan sesuatu yang baik atau bagus datang sendiri tanpa perlu berusaha. seperti mana yang telah Allah SWT telah nyatakan "Kami tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka melakukannya". so, dekat sini terbukti walaupun dorang golongan imigran, tapi dorang still boleh fikir lagi macam mana nak ubah hidup dorang walaupun terpaksa berpindah ke negara orang tinggalkan keluarga tercinta.

golongan ni selalu dapat tanggapan negatif daripada pihak tertentu aka orang kita. motif? sebab orang kita sebenarnya rasa terancam! tapiii dorang taknak pulak buat ape yang golongan2 ni buat. cuba kita fikir kejap. sape yang bancuh simen, pasang mozek, cat, susun batu bata untuk dirikan sebuah bangunan yang gah macam menara telekom, times square, rumah2 ni, Residence/Southbay, Feringghi Park Tropika. cuba korang fikir balik, sanggup korang kerja bagai nak rak bawah cahaya panas matahari semata2 nak dapatkan duit yang halal untuk keluarga korang, sanggup? (kalau ada,alhamdulillah) jawaban yang sangatlah mudah daripada pihak2 tertentu: "weyh!panas kot.boleh pengsan oo.", "agak2 lah ther,kau ingat aku ni ape nak kerja lama2 bawah matahari?". mudahkan jawaban tu.

sebenarnya ada lagi sebab2nya, cuma aku tiba2 jadi malaih nak type sebab otak dah jam n mata dah ngantok.

so, konklusinya disini, aku nak ucapkan tahniah kepada golongan2 yang belum sempat membuka mata mereka untuk menyedari hakikat sebenar bahawa punca sebenar penambahan golongan2 imigran adalah berpunca dari diri kita sendiri. kita yang bukak peluang kepada mereka untuk mengubah hidup mereka dengan jayanya sedangkan orang kita yang masih belum berubah, masih terkapai2 lagi. jadi, fikir2kanlah.

sumber inspirasi; pekerja2 imigran @ my acquaintances di stesen pam minyak



p/s; jangan sesekali menuding jari ke arah orang lain atas kesalahan sendiri.

No comments:

Post a Comment